Wednesday 18 September 2013

Untuk Hero saya:Nama saya DOI


Tk kira cm mna keadan skali pn..
tk kira mcm mna sikap BURUK sy kt awk sklipn..
tk kira cm na sy marah kt awk sklipn..
tk kira cm na sy tegur awk sklipn smpi awk rse sy slu cri slh awk..
Tk kira cm na sy mngada2 kt awk skli pn..
Tk kira cm na sy mnyusahkn awk sklipn..
Tk kira cm na sy sakit kn ati awk sklipn..
dan apa jua keadan yg mbuatkn awk trsa sukar...
sy nk awk tahu..Saya SAYANG awk..dn klo sy d tnya knpe syg kt awk.. Sy syg awk kerana Allah..sbb tu sy tgur.sy nasihat awk..kerana sy tk nk wat pahala seorg2..sy tk nk jdi baik seorg2..sy tk nk msuk syurga sorg2.. biar kte buat together... 

Tuesday 9 April 2013

Uniknya CintaKu.....


Assalammualaikum.....salam sejahtera.....

Dah lama saya tak update blog saya kan..nak buat macam mana masa tidak mengizinkan....hihi.. tapi tiba-tiba tergerak hati untuk berkongsi luahan rasa,..tentang cinta...dalam hati ada taman......:):)...

...Cinta itu memang buta,Unik ...cinta itu fitrah,ingin di cintai itu fitrah,Rindu itu fitrah,di sayangi dan menyayangi itu fitrah..ia akan hadir tanpa di pinta..walau mulut mengatakan tidak,tapi hati tidak boleh menipu...bila sampai waktunya mulut akan akur dengan kehendak hati...saat ini hanya hati  yang berkuasa,dan mulut berbicara...itulah kuasa cinta yang Allah kurniakan kepada hambanya..tanpa kita sedari nikmat yang kecil ini memberikan seribu kemanisan kepada kita...juga memberikan seribu kepahitan namun di sebalik kepahitan itu tersembunyi seribu  kemanisan...Unik bukan...cinta itu memang unik...Hidup terasa bahagia dengan kehadiran Cinta dan Hidup terasa sunyi Tanpa Cinta....Oleh  itu,jika anda punya cinta hargai lah,peliharalah, dan ingat Allah selalu..kerana Cinta itu datang dariNya..saya teringat petikan dialog cerita hindustan.."Dalam Cinta tiada yang salah,semuanya betul"...hehehe...itu hanya cerita ye...kerana kita hidup di dunia realiti,walau apa keadaan sekalipun itu bukan alasan untuk kita mengetepikan soal agama dalam CINTA...:):)..

...Semua orang punya impian kan?? salah satunya impian dalam percintaan..tidak kira la perempuan mahupun lelaki,semuanya menginginkan pasangan yang terbaik...boleh membimbing kita kejalan Allah,pasangan sehidup semati,pasangaan hingga akhir hayat..Cinta Sampai Syurga..!!!..begitu juga dengan saya,menginginkan pasangan hidup yang terbaik..walau tidak sempurna,tapi mampu membuatkan hidup ini terasa sempurna dengan kehadiranya..kerana saya tahu,tiada yang sempurna di dunia ini,kerana kesempurnaaan itu hanya milik Allah...:):):)...saya sentiasa berdoa agar dipertemukan insan yang tebaik buat diri ini..saya sentiasa berdoa agar dipertemukan pemilik tulang rusuk ini..saya sentiasa berdoa agar dipertemukan insan yang boleh membimbing saya kejalan Allah..saya sentiasa berdoa agar dipertemukan insan yang menghormati dan memelihara maruah diri ini..saya tidak mengharapkan insan itu bergelar ustaz,tapi cukup lah dia insan yang menjaga hubungannya dengan Allah..:)..namun perancangan Allah itu rahsiaNya bukan??...apapun yang ditentukannya itulah yang terbaik untuk kita...bersyukurlah..

....Begitulah dengan saya,,saya bersyukur apa adanya..mungkin dia yang terbaik untuk saya,..kerana masing2 ada kelebihan dan kelemahan..bila kita melihat kekurangan seseorang,kita jangan menganggapnya sebagai keburukan tapi anggaplah ia sebagai kelemahan.dan kelemahan itu sekiranya boleh di perbaiki,nasihatkan lah agar ia berubah..mungkin Allah menguji saya dan mungkin Allah mahukan saya belajar sesuatu darinya..kerana itu saya terima apa adanya..terus terang,ada beberapa sikapnya yang sebelum ini saya betul-betul tidak suka,dan berdoa agar insan yang hadir di hati ini tidak mempunyi sikap itu...tapi sekarang, bila mengenalinya ,sikap itu ada pada dirinya,namun diri ini boleh menerima seadanya..pelik bukan..mungkin betul juga kata org,'apa yang kita tak nak,itu yang kita akan dapat,benci jgn bnci sgt,kerana boleh jdi ia akan menjdi kesukaan kita nti.."..hehehe...saya redha..mungkin ada hikmahnya...dan setiap kali solat,saya tidak pernah lupa untuk berdoa,agar dia menjadi lelaki yang terbaik untuk ku..dan mnjdi sprti yang saya impikn,kerana saya percaya semua orang blh berubah,yang penting perubahan itu kearah kebaikan..hehe
 Ini lah doaku :
:Ya Allah,ya Tuhanku,jika benar dia milikku,dekatkn lah hati kami,satukan lah hati kami,namun sekiranya dia bukan milikku damaikan lah hati ini menerima ketentuanmu...Ya Allah.Lembutkan lah hatinya menerima segala teguran dan nasihatku,berikan lah hidayah kepadanya agar menjadi lelaki yang soleh,berikan lah hidayah kepadanya agar dia patuh pada perintahMu dan meninggalkan laranganMu,berikan lah dia hidayah dan kesedaran agar menjadi lelaki yang bertanggungjawab agar dia menjadi lelaki yang terbaik untuk ku,,, Ya Allah,,sekiranya jodoh kami tertulis di Loh Maffuz,permudahkan lah segalan urusan kami,kuatkan lah semangat kami dalam menempuh segala cabran dan duggaan dalam perhubungan ini,dan peliharalah kami daripada perkara2 maksiat,jadikan lah hubungan kami ini mendorong kami untuk lebih mendekatiMu Ya Allah..."

InsyaAllah...jika Allah telah tuliskan jodoh sy dgn nya...saya menerimanya dengan rela hati.....hehe...kerana saya tahu,dia sebenarnya seorang yang baik,tapi mungkin perlukan bimbingan,perlukan seseorang untuk menasihatinya..dan mungkin seseorang itu adalah saya...:):)..pertama kali bertemu dengannya..hati ini terasa untuk mengenalinya,dan hati ini mengatakan dia baik!!!hehe...emmm..yg ni nti la cerita ah...hahaha..

dah panjang lebar ea...sy pn penat mau menaip suda..idea byk..tp tenaga x byk...hahhaa..nti2 ja la smbung....wakakakaa...


Dear..sekiranya saya menegur ataupun memberikan nasihat kepadamu,itu bukan bermaksud saya tidak menerimamu seadanya,tetapi saya cuma menjadikanmu yang tebaik,bukan hanya untukku,tapi untuk masa depanmu..
Dear,,sekiranya saya memberikan nasihat kepadamu,itu tandanya saya sayang kamu,kerana orang yang membencimu tidak mungkin memberikanmu nasihat...btul kn???hehe
Dear..tidak salah kan kalau saya minta dear berubah ke arah kebaikan,bukan bermaksud sekarang tidak baik,cuma mahu mnjdi lbh baik..:)
Dear...saya terima apa adanya,dan bila sy cemburu,bukan bermaksud sy tidak percaya,cuma saya takut kehilangan...:)
Dear...saya cuma perlukn kejujuran dan kesetiaan...harta boleh di cari...

pa pe pn sy minta maaf kalo sy ada menguris perasaan..hehe...xde niat pon....hehe...kamu tetap yng terbaik...

*emmm...nti yg lain akan datang...hahaha..byk btul nti org yang bca meluat plak..nti ada org ckp jiwang!!..hahaha


*Walau dengan siapa pun Allah jodohkan kita, bersyukurlah dengan kelebihannya dan bersabarlah dengan kekurangannya..." -...
*a Tahzan kerana cinta... kukuhkan cinta kita kepada Allah, ikhlaskan hati serahkan sepenuhnya cinta kita kepada Allah... semoga Allah memberikan nikmat berkasih sayang dengan seseorang yang juga mencintai Allah.. bahagia itu dtg nya dr Allah, bukan hanya melalui hubungan lelaki & perempuan.. Bangkit...usah bersedih berpanjangan.... tetapi sedang menggadaikan imannya.


Monday 6 August 2012

LUAHAN RASA DARI ANAKMU

         Bulan april adalah antara bulan yang paling saya suka..bukan kerana April Fool..tapi kerana ia adalah bulan kelahiran AYAH saya iaitu pada 04.04.1945...Orang yang paling penting dalam hidup saya....saya percaya semua org menyangi ayah masing-masingkan..kerana tanpa ayah siapa lah kita( ayat surat khbar kn..hehe) tapi itulah realitinya kan...Ayah yang telah banyak berkorban untuk membesarkan kita,bukan senang membesarkan anak-anak,kerana ia perlukan kekuatan dan kesabaran untuk menempuh cabaran dan dugaan hidup..mungkin kadang-kadang mereka tersasar sedikit dalam menempuh dugaan yang datang sehingga ,adakalanya kita merasakan diri kita tidak di sayangi ...tapi percaya la kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya tidak pernah pupus walau sedetik pun..kita sebagai anak jangan pernah terlintas sedetik pun untuk membenci ayah kita...sejahat manapun, ia tetap ayah kita dan itu takkan pernah berubah sampai bila-bila....seandainya ada yang merasakan ayah mereka tidak menyayangi dirinya,cuba lah ambil masa seketika...fikirkan...muhasabah diri....  apa kebaikan yang pernah ayah kita lakukan ..mustahil tiada 1 pun kan??..tapi lumrah manusia bila kebaikan yang sedikit berbanding keburukan yang banyak,kita lebih melihat keburukan itu..tanpa kita sedari kebaikan yang sedikit itulah banyak memberikan manfaat kepada kita...dan adakalanya apa yang kita anggap buruk sebenarnya baik untuk kita..
Teman-teman...
tiada harta yang lebih bernilai jika d bandingkan kita memiliki IBU dan AYAH.. orang kata ILMU itu lbh bernilai jika d bndingkn HARTA.. tp ilmu itu lebih bernilai sekiranya kta mndpt restu ibu bapa..untuk apa harta bertimbun sekiranya kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai anak,Untuk apa ilmu penuh di dada sekiranya kita tandus ilmu terhadap tanggungjawab kita terhadap ibubapa...jangan pernah ada perkataan kedekut sekiranya ia melibatkan ibu bapa ...jadilah anak yang baik,sentiasa hadir di sisi mereka ,di saat mereka  dalam kesusahan,sentiasa menghulurkan bantuan andai mereka meminta pertolongan,kerana kalau bukan kita sebagai anak yang menghulurkan bantuan ..siapa lagi yang mereka harapkan..????.sanggupkah kita sebagai anak melihat ibubapa kita ke hulu ke hilir mengharapkan bantuan dan eshan dri orang lain,sedangkan anak-anaknya masih ada dan mampu…..jangan sesekali menghampakan harapan mereka,jangan sesekali menyakiti hati mereka,jangan sesekali mengecewakan mereka,jangan sesakali membuatkan air mata mereka menitis kerana kesalahan kita..dan banyak lagi perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan...saya sedar diri saya siapa,saya pun tahu ,saya bukan lah anak yang baik sangat..tapi tak salah kan kalau kita ingat mengingati antara satu sama lain....

Saya bersyukur kerana Allah kurniakan saya seorang ayah yang terbaik..mungkin bagi sesetengah orang ,ada yang mengatakan sebaliknya…tapi bagi saya ia sudah cukup sempurna..kerana pandangan orang lain tidak penting bagi saya.. walau macam mana keadaan sekalipun ayah tetap ayah saya...saya tahu ayah berusaha sedaya upaya untuk menyediakan kehidupan yang selesa dalam membesarkan kami.....jika dahulu kadangkala hati ini berkata-kata "kenapalah saya hidup serba kekurangan ,kenapa saya tidak  seperti orang  lain yang hidup lebih selesa"...tapi  sekarang saya sangat-sangat bersyukur,kerana kesusahan hidup telah banyak mengajar saya erti kehidupan....kerana kesusahan hidup itulah menjadikan saya seorang yang tabah,berdikari dan sentiasa berfikiran positif  dalam menghadapi liku-liku kehidupan,..dan yang paling penting saya tahu menghargai  betapa bernilainya kasih sayang ibubapa......semua yang berlaku saya terima dengan redha,kerana pasti ada hikmah di sebalik nya..

     kadangkala hati ini tertanya-tanya..mampukah saya membalas segala jasa ayah  ??sempatkah??.....sedih bila mengenangkannya...alangkah indahnya jikalau saya sentiasa berada d sampingnya,agar saya dapat berbakti sesuatu di masa hayatnya....namun apakan daya saya jauh di perantauan,tapi percaya la..walau jauh di mata tapi dekat di hati dan sentiasa ada dalam bisikan doaku...saya berharap doaku di makbulkn oleh Allah...
Ayah...saya ingin menjadi anakmu yang solehah..dan saya akan berusaha untuk menjadi seperti itu,kerana saya yakin Allah sentiasa membantu saya..Begitu besar pengorbanan ayah terhadap kita..tetapi sebesar manakah balasan yang kita berikan???? memang kita tahu ayah tidak pernah meminta balasan atas segala  pengorbanan yang  diberikan kerana ia melakukannya dengan penuh keikhlasan bukan atas dasar tanggungjawab semata-mata..tetapi kita sebagai anak perlu menjalankan tanggungjawab kita..sebagai anak kita harus sedar apa yang perlu kita lakukan..

saya ada cerita yang ingin di kongsi..
INI SEMUA KERANA SAYANG SEORANG AYAH KEPADA ANAKNYA..

knk2 b'umr 9 thun mang mmrlukn ksih syg sorg ibu kn..?. bsyukur la  kepada Allah sekiranya ada d antara kamu yang sempat mencium Arwah mak buat kali terakhir...dan kepada orang yang ade peluang ini tetapi didak digunakan ,sangat2 rugi..!! coz kamu msih smpt mlihat n b'pluang mcium dahi mak awk wat kali terakhir,tp nape tk lkukny?..coz pluang sprti itu yg sy mhukn 15 thun yg lalu,tp sy tk dpt pluang itu,..saya masih igt,masa nak blik umh(dah kluar wad hospital Queen KK) dalam perjalanan saya meminta ayah saya supaya pergi ke hospital tambunan sebelum balik rumah..dan ayah saya bertanya"buat apa pergi sna??" saya jawp"saya nak melawat mak " dan saya perasan ayah saya terdiam seketika dan kemudian mengangguk perlahan-lahan..tapi perasaan saya mse tu sangat2 gembira coz dapat melawat mak..tp kegembiraan saya hanya seketika apa bila van yang kami naiki terus masuk ke kampung saya bukannya ke hospital,mase tu saya rse sedih sangat coz ayah saya tidak menunaikan permintaan saya..nak tanya tapi takut kena marah..so saya diam ja la tp dalam hati rsa nk nangis..smpi kt umh saya d smbut ngan adik brdik yg lain,tp saya rsa pelik kenapa rmai org kat rumah....dalam masa yang sama saya dapat syak sesuatu( patut la ayah tak bawa saya ke hospital rupanya...tidak! mustahil!!)sayacuba untuk menafikan,saya cuba mencari..tapi saya tak jumpa apa yang saya cari..masa tu air mata nk menitis tapi saya tahan.(ayah..saya tak thu dia di mna)...dan tiba2  seorang mak saudara saya datang ke arah saya,memegang bahu saya,menunding jari sambil bertanya " itu siapa??" saya pun melihat arah yang di tunjukannya,dan apa yang saya nampak hanya la tanah yang masih merah..."Itu makk!" dan saya menangis sekuat hati saya,meraung,sedih sangat-sangat..huhuhu....yg sy npk hnya la tanah merah n bru sy thu dh 3 @ 4(tk brpa igt) ari mak d k'bumikn...  rpany mse sy btrung nyawa dlm blik pmbdhn ,mak pergi mningalkan kmi buat slma2nya..
sy tk slhkn sesiapa pn t'utmany ayh, coz sy tau ayh sygkn sy, sbb 2 die tk brihu tntg arwh mak,coz ayh tkut bila sy tau, nti sy nk blik umh n tk nk mjlni pmbdhn tu..sy pn sygkn ayah gak,syg sngt2....wlupn dh bthun-thun arwh mak mningalkn sy nmu pristwa 2 msi sgar d igt sy..yaaa..arwh mak dh lme prgi nmun rsa rindu, syg n wjh arwh mak tk prnh pudr dlm igt sy... buat teman2 d luar sne..yg msih mpunyi MAK..hargailh.. .sygilh.. gmbirakn hatiny..brikn la spnuh ksih syg anda coz itu yg MAK mhukn dri anda,bknya wng ringit....jgn sesekali luka kn ati insan yg b'gelar MAK...coz bila ia dh xde dpn mata anda,anda akn mrinduiny p'caya la..yg pstiny anda akn mrindui tuk memanggil MAK..sprti sy...

so dari situ saya tahu ayah sayangkan saya..kerana cerita ini adalah kisah hidup saya sendiri...kisah hidup Rozanah Kondorid...saya tak salahkan ayah saya,coz ayah nak saya sihat ,dan kerana sayang ayah terpaksa merahsiakannya..dan saya tahu bukan senang ayah saya buat keputusan tersebut...tapi apakan daya hanya itu pilihan terbaik..sebab tu la ayah sy tak sanggup berterus terang,bila saya igat balik, ayah saya mesti sedih masa saya cakap nak melawat arwah mak kat hospital,sebab tu ayah tak sngup nk berterus trang....huhu apa2 pn say sayang kat ayah saya... Happy birthday yg ke-67..saya akan sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahgian ayah dunia akhirat..

..banyak sebenarnya saya nk coretkan tap saya x bakat untuk menulis..... hanya ini yang termampu..



Lagu khas buat ayah tersayang…
Ayah….
Ketika berjauhan..Masihku rasa hangat kasihmu ayah..Betapaku rindukan redup wajahmu..Hadir menemaniku..Terbayang ketenanganYang selalu kau pamerkan..Bagaikan tiada keresahan..
Chorus
Walau hatimu sering terluka..Tika diriku terlanjur kata..Tak pernah sekali kau tinggalkan..Diriku sendirian…Ketika ku dalam kedukaan..Kau mendakap penuh pengertian..Di saat diriku kehampaan..Kau setia mengajarku..Erti kekuatan…
Terpancar kebanggaan..Dalam senyummu..Melihatku Berjaya..Bilaku kegagalan..Tak kau biarkan..Aku terus kecewa…
Dengan kata azimat..Engkau nyalakan semangat..Restu dan doa kau iringkan
Ulang Chorus
Terbayang ketenanganYang selalu kau pamerkan..Bagaikan tiada keresahan..
Ulang Chorus
Tak dapatku bayangkan..Hidupku ayah..Tanpa engkau di sisi…Semua kasih saying..Yang kau curahkan..Tersemat di hati..

Saturday 12 November 2011

Sunday 6 November 2011

MonSter HoUsE versi Kg Kipaku..Hehehe


"MonSter HoUse"?????.....ada la rupa skit2 kn..haha...
emmm..ni la tmpt sy n the geng bermain zmn kanak2 dlu.. tp msa tu ,rumah ni blh di katakan cntik lgi la,wlupn dh byk yg t'kopak sna sni.. skrg,umah ni dh npk usang....dlu blh lgi la lari2 n men kejar2 dlm umah ni..sekarang nk msuk umah ni pn takut coz dh byk yg reput...silap skit kna telan dgn "MonSter HoUse" ni.....hehe
tapi umah ni msih btahan wlupn dh btahun-tahun blalu..masa sy kcil ,umah ni mang dh xde org yang tinggal,tp sblum tu  mang ade satu klurga yg tingal kt umh ni,..emmm..okey juga kn umh ni kosong,skurg2nya ade la tmpt kmi bmain..hehe...dgr citer pemilik umah ni dh pindah tmpt tingal,tp skli skala ade gak dorg dtg jenguk2 umah n tanah dorg ni..tp skrg rsenye dh lme dorg tk dtg jenguk umah ni..
huhuhu........ksian "MonSter HoUse"...

MonSter HoUse????? gelaran yg sy rse sgt sesuai..hehehe...mmmm......umh ni mninggalkan byk kenangan zmn kanak2 sy...suka,duka,pahit, manis smuany prnh blaku d umah ni...biasa la klo budak2 nk main kn...tk igt dunia yg pting enjoy..hahaha..smpi tk igt nk blik umah......so kesanya....????hehehehe....

cuba teka umah ni dpbuat dri pda apa????...okey...tk pe2,biar sy bgitau...:):):).umah ni 2 tingkat,dinding d p'buat dri pada  pokok buluh,rangka umah d pbuat dri pda kayu2 tempatan yg blh di dpti d sekitar kg sy dan atapnya zink...org yang wat umah ni mang kreatif n bijak...wlupn dia hanya mgunkn kayu kayan yg di ambil d skitar kg sy ,namun umah ini masih utuh smpai skrg...mgkin juga kg sy kaya dgn kayu yg bkualiti kn....sbb 2 pbalak rmai dtg kt situ...kesanya  hutan sekeliling kg sy musnah n udaranya tk sesejuk dhulu....huhu

"MonSter HoUse"
...........meningalkan kenangan yg t'indah dlm idup ku....
di sini la tempt kmi   bermain spt main tanah liat,main perang2,main sembunyi2 n mcm2 lgi....yg pling seronok klo lapar jer belakang "MonSter HoUse" ni byk pokok buah2an...so apa lgi,makan buah-buahan la,sbb 2 sihat coz hari2 mkn buah-buahan....hehehe.....tp yg pling pting "MonSter HoUse" ni la tempat kmi berehat n bteduh selepas melakukan kerja2 d sawah....hehe
dlu sekeliling umah ni bersih,rumput pn pendek je...skrg dh semak....."MonSter HoUse" semakin ari semakin tua.........huhuhu...

"MonSter HoUse"
.......tetap d igtkn sy...natikan kepulanganku..........